Sabtu, 13 Februari 2010

Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan beberapa pertanyaan: Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1 = Orang tua Murid 2 = Guru Murid 3 = Teman Murid 4 = Kaum kerabat Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185). Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Murid 1 = Negeri Cina Murid 2 = Bulan Murid 3 = Matahari Murid 4 = Bintang-bintang Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. Iman Ghazali = Apa yang paling besar di dunia ini? Murid 1 = Gunung Murid 2 = Matahari Murid 3 = Bumi Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi
yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. IMAM GHAZALI = Apa yang paling berat di dunia? Murid 1 = Baja Murid 2 = Besi Murid 3 = Gajah Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini? Murid 1 = Kapas Murid 2 = Angin Murid 3 = Debu Murid 4 = Daun-daun Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat. Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid-murid dengan serentak menjawab = Pedang Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan berkomentar... Tapi tetap jaga sopan santun

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Elanglikaytanjua